Friday, October 2, 2026
HomeVIRALSelangor Mega Food Fest 2026 Hidang Sajian, Hiburan Dan Aktiviti

Selangor Mega Food Fest 2026 Hidang Sajian, Hiburan Dan Aktiviti

SEPANG – Hujung minggu ini bakal menjadi lebih meriah apabila Selangor Mega Food Fest 2026 berlangsung selama tiga hari di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, menghimpunkan lebih 60 vendor makanan dan minuman dari Selangor.

Berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026, festival sempena Visit Selangor Year 2026 itu menawarkan pelbagai sajian tempatan, makanan jalanan, produk tempatan serta pilihan makanan antarabangsa kepada pengunjung.

Festival yang berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari itu turut menawarkan kemasukan percuma, sekali gus sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara sajian yang diketengahkan termasuk makanan ikonik Selangor seperti Satay Kajang dan Nasi Ambeng, selain makanan laut dari Sekinchan serta pelbagai hidangan moden dan makanan tular.

Bukan Sekadar Festival Makanan

Selain menikmati makanan, pengunjung turut boleh menyertai pelbagai aktiviti sepanjang festival termasuk demonstrasi kulinari, pameran makanan, cabaran makan, bengkel kreatif serta aktiviti interaktif.

Beberapa persembahan kebudayaan dan sesi bertemu influencer turut diadakan, selain pertandingan 1v1 street soccer yang menambah kemeriahan festival.

Antara acara utama ialah pelancaran Signature Selangor Campaign, inisiatif Tourism Selangor bagi mengenal pasti, meraikan dan mempromosikan makanan serta minuman yang mempunyai kaitan rapat dengan identiti negeri Selangor.

Festival itu turut menampilkan persembahan muzik daripada beberapa artis dan kumpulan termasuk Bunga dan Mohsein Kush.

Pada 2 Oktober, pentas akan diserikan dengan persembahan Cherpen dan Sofazr, diikuti TIP Band pada 3 Oktober, sebelum festival ditutup dengan persembahan kumpulan rock Kristal X dan XPDC pada 4 Oktober.

Himpunkan Usahawan Makanan Tempatan

Selangor Mega Food Fest 2026 turut menjadi platform kepada usahawan makanan dan minuman tempatan untuk memperkenalkan produk mereka, membina jaringan perniagaan serta mendapatkan peluang pasaran baharu.

Festival berkenaan dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung dan menjadi antara usaha memperkukuh sektor pelancongan makanan di Selangor.

Ia turut menyokong sasaran Visit Selangor Year 2026 untuk mencapai sembilan juta ketibaan pelancong serta RM12 bilion dalam hasil pelancongan.

Bagi pengunjung yang merancang aktiviti hujung minggu, festival ini menawarkan gabungan makanan, hiburan, budaya dan aktiviti keluarga dalam satu lokasi.

Sumber – Selangor.travel

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dah 2026, Masih Dapat Pertanyaan, Boleh Ke Tanggal Tudung’

0
PETALING JAYA – Pengacara popular, Uyaina Arshad berasa pelik apabila masih mendapat pertanyaan sama ada boleh atau tidak menanggalkan hijab untuk mengacarakan sebarang acara...

CATEGORIES