Tuesday, September 8, 2026
HomeHIBURANBatuk Belum Reda Datuk Awie Tetap Mahu Gegar Stadium Merdeka

Batuk Belum Reda Datuk Awie Tetap Mahu Gegar Stadium Merdeka

SUNGAI BULOH – Meskipun batuknya masih belum pulih sepenuhnya rock Datuk Awie tetap bersedia memberikan persembahan terbaik menerusi konsert solonya, Awie Rock King – Last Man Standing 2026, di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 58, berkata dia sudah melakukan persiapan secukupnya bagi menjayakan konsert yang dijadual berlangsung sehingga jam 1 pagi.

“Lebih 35 lagu akan dipersembahkan dan penganjur, Bombbay Legend Worldwide, mendapat permit sehingga jam 1 pagi.

“Harap-harap tidak ada apa-apa kejadian yang tidak elok berlaku.

“Sekarang ini jerebu dan saya baru lepas batuk teruk. Jadi, dalam tempoh pemulihan ini, batuk baru hendak baik. Minta-minta tidak ada gangguan batuk lain kerana cuaca teruk sangat,” katanya ditemui pada sesi latihan konsert berkenaan di MyStudio, di sini, Sabtu lalu.

Menurut Awie, keadaan cuaca berjerebu turut dirasakan ketika dia terbabit dalam persembahan sempena sambutan Merdeka di Kajang, baru-baru ini.

“Itu salah satu punca saya kena batuk baru-baru ini ketika Merdeka. Pada 30 Ogos lalu, saya terbabit dengan persembahan di Kajang.

“Sampai di Kajang, saya sudah batuk. Insya-Allah, saya akan jaga kesihatan dan cuba sihatkan diri,” katanya.

Mengulas kemungkinan konsert itu terpaksa ditangguhkan sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk sehingga kerajaan mengisytiharkan darurat di Lembah Klang, Awie berkata dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

“Wallahualam, itu takdir. Itu Tuhan yang menentukan. Kita sudah berusaha. Kalau sudah dikatakan lockdown, maka tidak boleh buat apa-apa dan kita tunda ke hari lain.

“So far, Alhamdulillah, tidak ada apa-apa lagi. Kerajaan juga tidak mengatakan keadaan bahaya atau apa-apa, kecuali di Sabah dan Sarawak. Tiada lockdown.

“Jadi, harap-harap Semenanjung tidak seteruk begitu,” katanya.

Awie Rock King – Last Man Standing 2026 bakal berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu ini, dengan menampilkan lebih 35 lagu sepanjang persembahan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih RM280 Juta Tanam Semula Sawit Antara Cadangan Belanjawaan 2027

0
PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti cadangan peruntukan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dalam Belanjawan 2027 sebagai usaha memperkukuh...

CATEGORIES