Wednesday, August 19, 2026
HomeHIBURANIsu Teknikal, Konsert Radja Di Kuala Lumpur Terus Dibatalkan

Isu Teknikal, Konsert Radja Di Kuala Lumpur Terus Dibatalkan

PETALING JAYA – Impian peminat menyaksikan kumpulan Indonesia, Radja, beraksi di Kuala Lumpur terkubur apabila konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, 19 September depan dibatalkan.

Penganjur, Dhyah Production dengan kerjasama Infinity Love Creative Ventures, berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aspek kendalian teknikal dalaman serta keadaan semasa yang tidak memungkinkan perancangan persembahan mega itu diteruskan.

“Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan kehadiran Radja di Kuala Lumpur.

“Keputusan ini dibuat dengan penuh berat hati selepas mengambil kira pelbagai aspek berkaitan penganjuran.

“Kami menghargai segala sokongan dan kefahaman yang telah diberikan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Susulan pembatalan, penganjur akan menghubungi semua pembeli tiket menerusi e-mel bagi memaklumkan proses pemulangan wang.

Menurut penganjur lagi, proses bayaran balik akan dilaksanakan menerusi platform penjualan tiket rasmi, myticket.asia.

Pembeli tiket juga dinasihatkan menyemak e-mel masing-masing selain menyimpan bukti pembelian dan maklumat transaksi bagi melancarkan urusan pemulangan wang.

Pada masa sama, penganjur menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan serta kerjasama sepanjang proses perancangan konsert berkenaan.

Terdahulu, sebelum pengumuman pembatalan, akhir Jun lalu penganjur memaklumkan konsert yang sepatutnya diadakan pada 11 Julai hanya ditunda ke tarikh 19 September atas pelbagai faktor termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Azad Bagi ‘Hint’ Ammara Bakal Bekerjasama Dengan No Na

0
KUALA LUMPUR – Meskipun single anaknya, Ammara yang berjudul Slay menerima kecaman negara seberang, penyampai radio dan pelakon, Azad Jazmin, menganggap kontroversi tersebut sebagai...

CATEGORIES