Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURAN‘Burung Memilih Terbang’ – Luahan Aslam Cetus Tanda Tanya

‘Burung Memilih Terbang’ – Luahan Aslam Cetus Tanda Tanya

PETALING JAYA – Tiga hari selepas perceraian dengan isteri kedua disahkan mahkamah, pempengaruh media sosial, Aslam berkongsi luahan yang seolah-olah menggambarkan situasi dilaluinya ketika ini.

Aslam atau Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, menjadikan burung sebagai metafora dalam menzahirkan isi hati, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

“Ada yang menilai terlerainya sangkar, namun tidak pernah tahu mengapa burung memilih terbang.

“Cukuplah mengisi bekal untuk hari esok, bukan mencari cela di halaman orang,” tulisnya dalam hantaran di Instastory.

Dalam perkongsian sama, bekas suami kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim juga anak Abby Abadi dan Norman Hakim itu turut mengabadikan bunga kekwa sebagai latar.

Tidak memperincikan maksud di sebalik penulisannya, ramai menebak hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan isu rumah tangga bersama bekas isteri.

Pada 22 Jun lalu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan Aslam dan Marissa, 21, bukan lagi pasangan suami isteri selepas keputusan prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk disahkan.

Terdahulu, pada Mei tahun lalu pasangan itu hadir ke mahkamah sama bagi tujuan pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isteri Sangat Kritikal, Saya Kena Terima Kehilangan Dia – Muss

0
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Barbarik, Muss, berdepan detik sukar apabila isterinya, Suraya Bahari, 53, kini berada dalam keadaan kritikal susulan komplikasi penyakit kencing...

CATEGORIES