Thursday, June 11, 2026
HomeBERITAHarga Emas Jatuh Lagi, Susut RM20.50 Segram Dalam Sehari

Harga Emas Jatuh Lagi, Susut RM20.50 Segram Dalam Sehari

PETALING JAYA – Harga emas terus menunjukkan trend penurunan apabila susut sebanyak RM20.50 kepada RM534.18 segram hari ini berbanding RM554.68 segram semalam.

Penurunan tersebut merupakan yang ketiga direkodkan dalam minggu ini, sekali gus menyebabkan ramai pelabur dan pemegang emas memantau rapat pergerakan pasaran logam berharga itu.

Berdasarkan pemerhatian pasaran, harga emas telah merosot hampir RM48 segram dalam tempoh singkat selepas mengalami beberapa siri penurunan sejak minggu lalu.

Antara faktor utama yang memberi tekanan kepada harga emas ialah pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan logam berharga itu menjadi lebih mahal kepada pembeli luar negara sekali gus mengurangkan permintaan.

Selain itu, jangkaan kadar faedah AS kekal tinggi atau berpotensi dinaikkan semula turut mendorong pelabur mengalihkan pelaburan mereka kepada instrumen yang menawarkan pulangan seperti bon dan deposit tetap.

Emas tidak memberikan dividen atau faedah, justeru apabila kadar faedah tinggi, daya tarikannya sebagai aset pelaburan menjadi sedikit berkurangan.

Pada masa sama, harga emas dunia kini dilihat berada dalam fasa pembetulan selepas mencatatkan paras tertinggi sebelum ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Bagi Kata Semangat, Ada Yang Kurang Senang – Saiful Apek

0
KUALA LUMPUR – Aktif memberikan kata-kata semangat dalam aplikasi Threads, pelawak Saiful Apek mendedahkan wujud segelintir pihak yang kurang senang dan mempersoalkan kelayakannya membuat...

CATEGORIES