Thursday, April 23, 2026
HomeSUKANProgram Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Tahun 2026

Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Tahun 2026

YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang, Selangor. Turut hadir YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBrs. Encik Abdullah bin Hasan serta Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin.

Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 merupakan inisiatif baharu KBS yang dirangka melalui pendekatan lebih segar, inklusif dan berimpak tinggi bagi memperkasa golongan belia akar umbi, khususnya belia tidak berpersatuan.

Program ini bertujuan menggalakkan penyertaan belia dalam ekosistem persatuan, mendekatkan belia dengan kepimpinan kerajaan, membuka ruang penyampaian aspirasi secara langsung serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap pembangunan negara.

Untuk maklumat lanjut berkaitan siaran media ini, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan di talian 03-8871 3100 atau e-mel jbsn@kbs.gov.my4. Program KIBAR 2026 akan dilaksanakan melalui 17 siri program di 17 lokasi seluruh negara, melibatkan satu siri di setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta dua siri masing-masing di Sabah dan Sarawak. Pendekatan ini memastikan capaian program yang menyeluruh termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pelaksanaan KIBAR 2026 digerakkan melalui kerjasama pelbagai agensi dan rakan strategik antaranya IMPACT Integrated, Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) serta Majlis Belia Malaysia (MBM).

Program ini turut mendapat sokongan agensi kerajaan negeri, pemimpin tempatan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institusi TVET bagi memperkukuh pelaksanaan secara holistik dan berkesan. Antara fokus utama KIBAR 2026 ialah pengukuhan nilai kesukarelawanan, pembudayaan semangat rakan prihatin dalam komuniti serta pembangunan kepimpinan belia akar umbi.

Negeri Selangor telah dipilih sebagai lokasi peluncuran KIBAR 2026. Bersempena majlis ini, turut diadakan penyerahan cek cura (mock cheque) Dana Bantuan Belia kepada semua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri bagi pelaksanaan Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan serta inisiatif Dari Belia Untuk Belia.

Untuk maklumat lanjut berkaitan siaran media ini, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan di talian 03-8871 3100 atau e-mel jbsn@kbs.gov.my8.

KIBAR 2026 dijangka memberi impak positif melalui peningkatan penyertaan belia dalam persatuan dan komuniti, pengukuhan hubungan antara belia dan kepimpinan negara, pembentukan belia berdaya saing serta pemerkasaan suara belia dalam pembangunan nasional.

KBS berharap KIBAR 2026 menjadi pemangkin kepada gerakan pembangunan belia yang progresif, inklusif dan berdaya tahan demi masa depan negara.

Belia yang berminat menyertai program ini boleh menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri masing-masing atau Sekretariat Induk KIBAR di Kementerian Belia dan Sukan melalui talian 03-8871 3000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Bukan Tersungkur, Hanya Tergelincir Ketika Live’ – Norish Karman

0
PETALING JAYA – Pelakon Norish Karman menafikan dakwaan kononnya hidupnya kini ibarat tersungkur, sebaliknya menegaskan segala kontroversi berlaku hanyalah salah faham dan putar belit...

CATEGORIES