Tuesday, April 21, 2026
HomeHIBURAN‘Kini Jadi Satu Denyutan Jantung’ – 7 Tahun Kahwin, Nelydia Senrose Kini...

‘Kini Jadi Satu Denyutan Jantung’ – 7 Tahun Kahwin, Nelydia Senrose Kini Hamil

PETALING JAYA – Hamil anak pertama, itu hadiah paling bermakna diterima pelakon Nelydia Senrose dengan suaminya, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid sempena ulang tahun perkahwinan ketujuhnya.

Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, mengumumkan perkara tersebut menerusi video istimewa yang dimuat naik menerusi Instagramnya.

“Tujuh tahun yang indah dengan mencintai antara satu sama lain kini telah menjadi satu denyutan jantung.

“Selamat ulang tahun perkahwinan ketujuh buat kita berdua,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, dia juga turut menunjukkan imej imbas kandungannya namun tidak berkongsi lanjut usia kehamilannya.

Perkongsian tersebut seterusnya dibanjiri ucapan rakan artis dan peminat yang mendoakan agar proses kehamilannya dipermudahkan.

“Alhamdulillah, comelnya. Tahniah Nely dan suami,” kata Mira Filzah.

“Tahniah! Kali terakhir terserempak dengan awak di hospital, saya sudah agak. Tumpang gembira untuk awak,” komen Intan Najuwa.

“My baby kuasa dua sudah nak jadi mak. Saya paling gembira, sumpah,” tulis sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrose.

Terdahulu, Nelydia berkahwin dengan Mohd. Hafez yang juga ahli perniagaan pada 6 April 2019.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Siapa Nak Berlagak Diva? Air Muka Saya Memang Keras’ – Chacha...

0
KUALA LUMPUR – Dituduh berlagak diva, pelakon Chacha Maembong mengakui pernah dicop sombong hanya disebabkan raut wajahnya yang tampak garang apabila keletihan. Chacha atau Siti...

CATEGORIES