Thursday, May 28, 2026
HomeHIBURANAvenged Sevenfold Kembali Ke Malaysia Dalam Jelajah Asia 2026

Avenged Sevenfold Kembali Ke Malaysia Dalam Jelajah Asia 2026

Kuala Lumpur, 31 Mac 2026 — Peminat rock bakal menikmati satu lagi konsert hebat pada tahun 2026 dengan kepulangan band heavy metal legenda, Avenged Sevenfold sedang bersedia untuk kembali ke Malaysia. Ikon genre metal moden ini telah menambah Kuala Lumpur sebagai salah satu hentian dalam jelajah Asia mereka, membawa persembahan yang penuh tenaga ke Unifi Arena (sebelum ini dikenali sebagai Axiata Arena) pada 26 September 2026 untuk konsert ‘Avenged Sevenfold Live in Malaysia’.

Dianjurkan oleh penganjur konsert terkemuka Malaysia, Hitman Solutions, acara yang dinanti-nantikan ini menjanjikan riff gitar padu, kuasa vokal luar biasa serta deretan lagu hit terbesar mereka bakal menyatukan semua peminat rock dan metal untuk satu malam epik.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Avenged Sevenfold telah membentuk landskap heavy metal moden melalui gaya tersendiri dan penulisan lagu yang melangkaui sempadan genre.

Mereka meninggalkan legasi abadi dalam dunia rock antarabangsa, membina pengikut setia di seluruh dunia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu kumpulan paling berpengaruh dalam genre metal rock.

Peminat tempatan telah lama menantikan kepulangan Avenged Sevenfold selepas penampilan terakhir mereka pada 2015 semasa Jelajah Asia Tenggara Hail to the King.

Sejak itu, band ini terus mengembangkan gaya muzik mereka melalui dua album yang menerima pujian kritikal, The Stage dan Life Is But a Dream…, memperkukuh legasi mereka dan memberi Deathbats (peminat setia mereka) satu bab baru muzik untuk dinikmati bersama lagu-lagu hit seperti Nightmare, Hail to the King, dan Afterlife.

Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, berkongsi pandangannya menjelang konsert yang bakal berlangsung: “Sepanjang beberapa tahun lalu, kami telah membawa beberapa nama besar rock ke Malaysia, dan setiap kali kami mengumumkan teaser baru… ada satu nama yang sentiasa disebut. Kami menerima beberapa mesej, komen, dan DM yang tanya sama ada Avenged Sevenfold akhirnya akan kembali. Ia jelas bahawa Deathbats Malaysia telah menunggu dengan sabar, dan misi kami sentiasa sama…untuk memastikan peminat mendapat persembahan yang mereka impikan. Memastikan Kuala Lumpur menjadi salah satu hentian jelajah mereka bukan mudah, tetapi kami yakin ia akan berbaloi apabila Unifi Arena dipenuhi peminat bersemangat pada September ini.”

Tiket akan mula dijual pada 7 April jam 11.00 pagi untuk Pra-Jualan Artis, diikuti dengan Jualan Umum pada 8 April jam 12.00 tengah hari. Tiket boleh didapati di www.hitmanlive.com. Konsert ini menawarkan lima kategori tempat duduk dari RM299 hingga RM699, serta kategori berdiri Rockzone berharga RM499 (tidak termasuk caj pemprosesan dan tempahan).

Dianjurkan oleh Hitman Solutions, konsert ini mendapat sokongan Hitz FM, Sinar FM, dan Mix FM (Rakan Radio Rasmi), dan Astro Gempak (Rakan Media Rasmi).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +6012-2655783 atau concerts@hitman.group

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES