Thursday, May 28, 2026
HomeBERITASPM 2025: Gred Purata Kebangsaan Catat 4.42, Terbaik Dalam Tempoh Lima Tahun

SPM 2025: Gred Purata Kebangsaan Catat 4.42, Terbaik Dalam Tempoh Lima Tahun

PUTRAJAYA– Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun apabila merekodkan angka sebanyak 4.42 berbanding 4.49 pada 2024.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan apabila mata GPK mengecil sebanyak 0.07 mata berbanding tahun lalu.

Untuk rekod, GPK pada 2024 merekodkan nilai sebanyak 4.46, manakala 2023 (4.60), 2022 (4.74) dan 2021 (4.86).

“GPK calon mengikut lokaliti turut menunjukkan peningkatan apabila calon di bandar merekodkan sebanyak 4.40 pada tahun 2025 berbanding 4.47 pada 2024.

“Sementara itu, nilai GPK luar bandar merekodkan angka 4.81 pada tahun 2025 berbanding 4.92 pada 2024,” katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM 2025 di Kementerian Pendidikan di sini tadi.

Untuk maklumat, bagi nilai GPK, angka lebih kecil menunjukkan prestasi lebih baik.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES