Thursday, May 28, 2026
HomeBERITABekalan Minyak Masih Stabil, Kerajaan Usaha Cari Jalan Lain – PM

Bekalan Minyak Masih Stabil, Kerajaan Usaha Cari Jalan Lain – PM

SHAH ALAM – Kerajaan sedang berusaha mencari jalan lain bagi memastikan bekalan minyak negara kekal stabil dan memenuhi keperluan tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekalan minyak masih stabil sehingga Mei depan seperti diumumkan sebelum ini.

“Setakat ini, (bekalan) Mei masih boleh tapi kita juga cari jalan lain. Kebaikan dan keistimewaan Petronas adalah pelaburannya yang pelbagai.

“Bukan saja di negara Teluk tetapi Brazil, Surinam dan Kanada. Jadi, kita cari jalan supaya dapat pulangan dan hasil bagi memenuhi keperluan tempatan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, petang ini.

Tambah beliau, rakyat setakat ini telah melihat keadaan gawat di beberapa negara lain di sekeliling Malaysia.

“Kita harus bersyukur dan jangan terlalu leka dan sibuk dalam soal-soal politik. Fokus perlu ditumpukan dalam membela nasib rakyat dan negara ini,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES