Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURANSusun Bajet Lepas Raya, Konsert Nourul Ditunda Ke 30 Mei Depan

Susun Bajet Lepas Raya, Konsert Nourul Ditunda Ke 30 Mei Depan

PETALING JAYA – Demi kualiti terbaik, penyanyi Nourul Depp terpaksa menganjakkan konsert For You Nourul ke 30 Mei depan bagi memastikan persembahan memuaskan hati penonton.

Penganjur ND Entertainment berkata, konsert mega yang dirancang pada 17 April depan diubah kepada tarikh baharu selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk perancangan produksi serta kesesuaian masa.

“Pihak penganjur dan Nourul sudah berbincang dan bersetuju untuk menjadualkan semula tarikh For You Nourul kepada 30 Mei 2026.

“Pertimbangan dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk menghormati serta memberi laluan kepada dua perayaan utama umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

“Selain itu, pemilihan tarikh baharu juga dilihat lebih sesuai bagi memberi ruang kepada peminat menyusun bajet selepas perayaan. Kami mahu konsert ini menjadi keraian istimewa dalam suasana lebih selesa dan meriah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Ab. Wahab, 49, berkata penjadualan semula dari tarikh asal memberi kelebihan dari segi penyusunan perjalanan konsert serta barisan artis jemputan.

“Penukaran tarikh ini adalah hasil perbincangan bagi menyusun semula keseluruhan perancangan konsert susulan perubahan penganjur daripada pihak terdahulu kepada syarikat saya sendiri,” ujarnya.

Dia juga optimis konsert berkenaan akan meraih sambutan selain menjadi antara momen paling bermakna sepanjang lebih tiga dekad dalam industri muzik.

Bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur, tiket dijual mengikut kategori iaitu RM198 (Sehati Sejiwa), RM298 (Cinta Azali), RM328 (Keliru), RM388 (Kerana Terluka) dan RM6,000 bagi VIP Box di Ticket2U.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES