Thursday, June 25, 2026
HomeBERITAPijak Al-Quran: Fahmi Arah MCMC, PDRM Ambil Tindakan Tanpa Kompromi

Pijak Al-Quran: Fahmi Arah MCMC, PDRM Ambil Tindakan Tanpa Kompromi

PETALING JAYA – Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya insiden melibatkan individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata perbuatan tersebut merupakan tindakan biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Saya telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada masa sama, MCMC akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang menyeluruh dan tanpa kompromi, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berkata, sebarang perlakuan menyentuh sensitiviti agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Thread didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran sehingga mencetuskan rasa marah dalam kalangan umat Islam.

Individu tersebut yang didakwa merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya memohon maaf kerana memuat naik gambar tersebut.

“Saya ingin memohon maaf dengan sepenuh hati atas gambar yang saya muat naik sebelum ini yang melibatkan al-Quran. Perbuatan saya adalah salah, tidak beradab dan sangat tidak menghormati.

“Tiada alasan yang boleh membenarkan tindakan saya. Saya akui bahawa saya bertindak dalam keadaan marah dan dipengaruhi perasaan dendam. Ketika itu saya tidak berada dalam keadaan fikiran yang waras dan tenang,” ujar individu tersebut.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES