Friday, January 9, 2026
HomeBERITA300 Polis ‘Intip’ Samseng Jalanan Malam Ambang Tahun Baharu

300 Polis ‘Intip’ Samseng Jalanan Malam Ambang Tahun Baharu

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi memastikan kelancaran, keselamatan serta ketenteraman awam sempena sambutan malam Tahun Baharu, esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pelbagai persiapan telah dilakukan termasuk penugasan anggota dan pelaksanaan pelan kawalan lalu lintas di lokasi tumpuan.

Menurut beliau, pihaknya tidak berniat mengganggu keseronokan orang ramai yang ingin meraikan sambutan berkenaan, sebaliknya bertindak memastikan suasana kekal aman, terkawal dan bebas daripada sebarang kejadian tidak diingini.

“Kita telah bersedia sepenuhnya dan fokus utama adalah menjaga keselamatan pengguna jalan raya serta orang awam sepanjang sambutan malam Tahun Baharu ini,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, seramai 226 anggota trafik akan ditugaskan khusus bagi kawalan lalu lintas di sekitar kawasan tumpuan, manakala keseluruhan kekuatan operasi melibatkan hampir 300 anggota termasuk pasukan sokongan.

Jelas beliau, tumpuan operasi akan diberikan kepada pencegahan aktiviti samseng jalanan, pemanduan berbahaya serta pelanggaran undang-undang lalu lintas yang boleh mengancam keselamatan awam.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan berbahaya di jalan raya. Langkah pencegahan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan sepanjang tempoh sambutan,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil kesempatan menyelesaikan saman tertunggak serta sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Katanya, orang ramai digesa merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan anggota bertugas dan mengamalkan sikap bertolak ansur bagi mengelakkan kesesakan serta sebarang insiden yang tidak diingini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Menjadi-Jadi, Sampai Keluarga Ditanya, Betul Ke Dah Tukar Agama’

0
KUALA LUMPUR – Penyanyi juga pelakon Daiyan Trisha tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika fitnah mendakwanya sudah menukar agama menggunakan teknologi kecerdasan buatan...

CATEGORIES