Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURANDijangkiti Influenza A, Kes Dadah Namawee Ditangguh

Dijangkiti Influenza A, Kes Dadah Namawee Ditangguh

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan sebutan semula dua kes dadah membabitkan pengarah dan pemuzik sensasi, Namewee ditangguhkan pada Isnin ini dan Januari depan.

Ia berikutan selepas Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 42, atau dijangkiti Influenza A.

Dalam prosiding secara berasingan di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim dan S Arunjothy, peguam Joshua Tay yang mewakili Namewee memberitahu anak guamnya tidak hadir kerana tidak sihat.

“Penjamin hadir di mahkamah dan dia telah membekalkan sijil sakit selama tiga hari termasuk laporan perubatan yang menyatakan Meng Chee dijangkiti influenza A. Susulan itu saya mohon sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh singkat,” katanya.

Dalam kes berkenaan, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vivi’ Asnitha Zaina’ Larifin dan Izzat Amir Idham.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 22 Disember ini dan 19 Januari depan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh itu didakwa ada dalam milikannya dadah disyaki jenis Ecstasy dengan anggaran berat 5.12 gram di bilik sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pukul 4.30 petang, 22 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan antara tiga dan sembilan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memberikan diri sendiri dalam badannya, dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carbolic acid (THC) dan Ketamine.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Gosip Tak Normal’ – Hisyam Kecewa Difitnah Kunjungi Rumah Erysha

0
KUALA LUMPUR – Dituduh berkunjung ke rumah pelakon Erysha Emyra, aktor Hisyam Hamid menafikan dakwaan tersebut selain menyifatkan kontroversi atau dakwaan sebegitu sesuatu yang...

CATEGORIES