Wednesday, May 13, 2026
HomeHIBURANTak Mahu Tinggal Anak Sepenuhnya Pada Pembantu, Zahirah Macwilson & Suami Bergilir...

Tak Mahu Tinggal Anak Sepenuhnya Pada Pembantu, Zahirah Macwilson & Suami Bergilir Keluar Bekerja

Pelakon Zahirah Macwilson sanggup bergilir keluar bekerja dengan suaminya, Aiman Hakim Ridza kerana enggan meninggalkan dua cahaya mata mereka sepenuhnya di bawah penjagaan pembantu rumah.

Menurut Zahirah, 30, buat masa ini dia dan Aiman memilih untuk menyusun jadual kerja supaya salah seorang sentiasa berada di rumah.

“Setakat ini kami cuba untuk tidak tinggalkan anak-anak dengan pembantu.

“Kalau Aiman ada penggambaran, saya akan duduk di rumah jaga anak-anak. Kalau saya kerja, giliran Aiman pula.

“Saya tak terkilan menolak tawaran. Itu pengorbanan saya sebagai ibu. Kalau ada rezeki, Allah akan bagi. Anak-anak pun masih kecil,” katanya.

Zahirah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set penggambaran drama terbaharu, Good Boys Go to Heaven terbitan Astro Shaw.

Mengulas mengenai projek yang sedang dalam pembikinan itu, Zahirah yang hampir dua tahun tidak muncul dalam drama bersiri mengakui tertarik menerima tawaran berkenaan kerana naskhahnya sarat dengan emosi.

“Belum baca skrip pun saya dah tersentuh bila Ariff terangkan sedikit tentang drama ini. Mungkin sebab saya ibu, jadi watak Dahlia sangat dekat dengan saya.

“Sesi bacaan skrip pun saya banyak kali menangis. Ini antara watak paling berat pernah saya bawa kerana perlu menghayati emosi seorang ibu kehilangan anak,” ujarnya.

Tambah Zahirah, selepas bertahun-tahun membintangi drama cinta dan naskhah arus perdana, dia kini lebih berhati-hati memilih watak yang mampu mencabar kemampuan lakonannya.

“Saya dah berlakon sejak umur 20 tahun. Banyak watak saya dah cuba. Tapi sampai masa saya mahu sesuatu yang lebih mencabar dan beri impak.

“Belum ada projek seterusnya, tapi ada beberapa tawaran sedang saya pertimbangkan,” katanya.

Barisan pelakon lain yang turut membintangi termasuk Beto Kusyairy, Mila Mohsin, Firdaus Karim, Malek McCrone, Amerul Affendi, Amanda Ang, Sky Iskandar, Dai Fuad, Marzuki Noh, Sayf Mikael dan Zaleha Iman.

Siri terbitan Astro Shaw ini akan menampilkan lapan episod dan bakal ditayangkan pada 2026 melalui Astro Go, On Demand serta saluran Citra, Ria dan platform Sooka.

Sinopsis Good Boys Go To Heaven

Tragedi kematian anak seorang bapa di pekan terpencil Kuala Makar memaksa beliau menjejak individu mencurigakan bagi mencari pembunuh sebenar dan membersihkan namanya.

Anak lelakinya, Ahyan, ditemui dibunuh dengan kejam, menjadikan bapa itu sebagai suspek utama akibat tiada alibi serta pergolakan rumah tangga.

Dengan keberanian, beliau memulakan penyiasatan sendiri untuk menyingkap kebenaran di sebalik kematian anaknya.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Kejar Gelaran Raja Rock Negara’ – Amy Search

0
KUALA LUMPUR – Legenda rock tanah air, Datuk Amy Search tidak pernah mengejar sebarang gelaran termasuk Raja Rock Negara selepas lebih lima dekad berkecimpung...

CATEGORIES