Wednesday, November 19, 2025
HomeHIBURANRasa 'Burn Out' Normal Bagi Golongan Ibu - Puteri Sarah

Rasa ‘Burn Out’ Normal Bagi Golongan Ibu – Puteri Sarah

PETALING JAYA – Berkongsi situasi letih fizikal dan emosi, pelakon Puteri Sarah mengakui keadaan sebegitu atau ‘burn out’ merupakan perkara normal bagi seorang ibu dan wanita bekerjaya.

Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat berkata, golongan ibu yang mengalami fasa penat menguruskan hal harian perlu mendedikasikan masa santai buat diri sendiri bagi kembali cergas.

“Normal tak mak-mak rasa ‘burn out’ dan penat? Ya, normal. Kadangkala peruntukan masa untuk diri sendiri sahaja pun dah okey.

“Nikmati makan, jalan-jalan, window shopping (cuci mata), kemudian kita akan rasa segar semula,” katanya dalam hantaran video di media sosial.

Pada masa sama, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut mendedahkan dirinya kini sedang berada dalam fasa tersebut

“Hari ini adalah hari saya rasa burn out. Ye ke? Atau sebab (memang) nak makan banyak,” tulisnya secara berseloroh.

Menerusi maklum balas di ruangan komen, rata-rata pengikut khususnya kaum ibu memahami situasi berkenaaan apabila pernah melalui keadaan sama.

Ramai netizen menyokong tindakan Puteri Sarah agar menghargai diri dengan melakukan aktiviti disukai sebagai cara meredakan emosi.

“Memang normal, kalau boleh kita nak cari ruang sendiri. Tak nak anak jadi mangsa. Kita pun manusia biasa,” kata netizen.

Kebelakangan ini isu burn out hangat diperkatakan terutama membabitkan golongan hawa yang menggalas banyak tanggungjawab di rumah serta tempat kerja.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Hilang Pertimbangan, Lakukan Hal Bukan-Bukan’ – Aliff Aziz

0
NAMA terpalit kontroversi panas sehingga menjadi cemuhan umum, pelakon juga penyanyi Aliff Aziz tetap bersyukur mendepani gelapnya sejuring terowong hayat yang harus dijalani. Hampir terduduk...

CATEGORIES