Tuesday, June 23, 2026
HomeHIBURAN'Saya Tidak Gembira' - Kamal Adli Mahu Selamatkan Rumah Tangga

‘Saya Tidak Gembira’ – Kamal Adli Mahu Selamatkan Rumah Tangga

KUALA LUMPUR – Masih dengan pendirian untuk mempertahankan perkahwinan, pelakon Kamal Adli mengakui agak gementar untuk menjalani prosiding perceraian dengan isterinya, Uqasha Senrose.

Dalam nada sebak, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, turut tidak menyangka masalah rumah tangga akan dibawa ke mahkamah.

“Saya memang tak okey (sepanjang tempoh situasi perceraian), tapi cuba (untuk okey), tak sangkalah sampai pengakhirannya ke sini (mahkamah). Saya sangat sayang sebenarnya.

“Saya berdebar sebenarnya. Saya tak pernah sampai tempat-tempat macam ni. Jadi saya tengah cuba nak ‘overcome’ (tangani).

Pada masa sama, pelakon drama Dia Imamku itu memberitahu tujuannya hadir ke mahkamah hari ini bagi menyelamatkan perkahwinannya.

“Benda ini sangat tak seronok untuk saya. Saya tak gembira pun untuk sampai sini sebenarnya. Hanya mahu selamatkanlah.

“Saya harap yang terbaik. Saya datang pun dengan niat baik sudah semestinya datang nak selamatkanlah (perkahwinan).

“Memang tanggungjawab saya datang kat sini hari ini. Macam hari itu tak dapat nak datang sebab saya ada masalah sikit, saya ada kerja.

“Jadi hari ni saya datang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Insya-Allah, doakan baik-baik saja,” ujarnya lagi.

Selain itu, Kamal juga mengakui sukar berhubung dengan Uqasha memandangkan talian telefonnya disekat sejak sebulan lalu dan kebanyakan komunikasi adalah melalui peguam.

“Saya disekat sejak 27 September lalu, lama dah fahamlah perempuan merajuk. Saya hanya berkomunikasi melalui peguam, adalah sekatan-sekatan yang dilakukan.

“Ada beberapa ‘roadblock’ (sekatan) yang susah nak sampai. Jadi terpaksa kita orang hanya melalui surat-menyurat saja.

“Macam zaman dulu kan? Mungkin saya hantar pakai burung lepas ni,” ujarnya lagi.

Terdahulu. spekulasi keretakan rumah tangga Kamal dan Uqasha terjawab apabila pelakon wanita itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Syed Saddiq Tak Datang, Mungkin Saya Dah Mati’ – Space...

0
PETALING JAYA – “Kalau Saddiq tak datang, mungkin saya dah mati.” Demikian pendedahan abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau...

CATEGORIES