Thursday, April 30, 2026
HomeBERITAUlama Kelantan Harap Pentadbiran Anwar Terus Kekal

Ulama Kelantan Harap Pentadbiran Anwar Terus Kekal

PUTRAJAYA, 20 Julai 2025 – Perubahan kerajaan yang terlalu kerap boleh menjejaskan perkembangan sekolah pondok agama dan ekonomi.

Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah berkata, pentadbiran Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim perlu dikekalkan bagi mengelakkan kesan kepada perkembangan Islam dan ekonomi.

Menurutnya, perubahan kerajaan yang terlalu kerap hanya akan menjejaskan kehidupan rakyat termasuk perkembangan sekolah pondok dan menyebabkan ekonomi menjadi malap.

“Kita di Malaysia ini lima tahun satu kerajaan, tetapi kadang-kala dua atau setahun satu kerajaan.

“Dasar berubah menyebabkan pondok pun lemah dan malap. Ekonomi malap. Ini bukan cara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.

Beliau yang juga penasihat Kesatuan Pondok Kelantan itu menyuarakan harapannya itu ketika ada pihak tertentu terutama pembangkang berusaha menjatuhkan perdana menteri menerusi himpunan di Kuala Lumpur pada 26 Julai depan.

Tambah beliau lagi, kehadiran ramai dalam program keagamaan itu menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada pimpinan Anwar yang mengetuai kerajaan perpaduan sejak penghujung 2022.

“Insya-Allah semua rintangan dan cabaran di negara ini dapat diselamatkan. Kerajaan pimpinan Datuk Seri (Anwar) dapat diselamatkan,” jelasnya.

Mengimbau pengalamannya mengenali Anwar sejak sekian lamanya, beliau mendapati Perdana Menteri merupakan seorang yang bertanggung jawab dan suka membantu rakyat termasuk masyarakat antarabangsa yang memerlukan pertolongan.

“Antara bantuan paling tidak boleh dilupakan adalah sumbangan kewangan ketika saya berada di Pakistan selama 13 tahun di mana Datuk Sri membantu pelajar Asean di Pakistan, jadi kebaikan ini diteruskan beliau,” katanya.

Pada 26 Julai depan, pihak pembangkang merancang menganjurkan Himpunan Turun Anwar dengan menyasarkan kehadiran 300,000 orang, meningkat berbanding sasaran awal 50,000 peserta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES