Thursday, November 26, 2026
HomeBERITAJemaah Haji Digesa Berada Dalam Khemah Dari 10 Pagi Hingga 4 Petang

Jemaah Haji Digesa Berada Dalam Khemah Dari 10 Pagi Hingga 4 Petang

JEDDAH – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah menggesa jemaah untuk kekal berada di dalam khemah yang ditetapkan di Padang Arafah dari pukul 10 pagi hingga 4 petang (waktu tempatan), lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi mengelakkan strok haba dengan memetik suhu tinggi yang diramalkan di Padang Arafah.

Beliau memberi amaran bahawa berjalan-jalan tanpa tujuan akan menimbulkan ancaman besar kepada aliran orang ramai dan keselamatan jemaah haji.

Tawfiq membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan ketua-ketua misi haji dari pelbagai negara yang diadakan di luar Simposium Utama Haji ke-49 yang berakhir di Jeddah pada Ahad lalu.

Beliau selain itu mengarahkan pejabat hal ehwal haji untuk mematuhi peraturan-peraturan berkaitan pergerakan jemaah di tapak suci, menekankan keselamatan mereka dan pelaksanaan ibadah yang optimum.

Selain itu, kepentingan penggunaan pengangkutan yang ditetapkan dari Arafah ke Muzdalifah berbanding berjalan kaki turut ditekankan.

Musim haji bermula hari ini dengan lebih satu juta jemaah mengerjakan rukun Islam kelima tersebut.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih Separuh Rakyat Korea Selatan Usia 30-an Masih Bujang

0
SEOUL – Lebih separuh rakyat Korea Selatan berusia dalam lingkungan 30-an masih belum berkahwin, dengan kadar itu meningkat hampir empat kali ganda dalam tempoh...

CATEGORIES