Thursday, November 26, 2026
HomeBERITAASEAN-GCC-China: Membina Rangka Perdagangan Trilateral Tahan Lasak

ASEAN-GCC-China: Membina Rangka Perdagangan Trilateral Tahan Lasak

Kuala Lumpur: Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China membuktikan kemampuan untuk menyelesaikan isu-isu dianggap rumit demi kestabilan, kerjasama ekonomi dan kemajuan teknologi serantau.

Pengerusi, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah berkata, kesepakatan dicapai dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 membuktikan semangat perpaduan dan kepemimpinan politik kukuh menghasilkan keputusan berpihak kepada kepentingan rakyat dan masa hadapan bersama.

“Manakala Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 menggariskan visi bercita-cita tinggi, maju sebagai pusat pertumbuhan di Indo-Pasifik.

“Aspirasi ini tidak tercapai secara bersendirian. Perjalanan ASEAN adalah kerjasama merentasi sempadan, dialog merentasi perbezaan dan harapan merentasi generasi,” katanya. 

Jelasnya, Malaysia harus memimpin kerana Dokumen bersama Sidang Kemuncak trilateral dan Deklarasi Bersama ASEAN-GCC mengenai Kerjasama Ekonomi menandakan langkah penting ke hadapan. 

Ujar beliau, kedua-dua dokumen itu meletakkan asas konvergensi boleh membentuk semula seni bina perdagangan serantau dan sinergi ekonomi sedia ada, melalui tiga landasan saling berkait iaitu Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0; Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-GCC dan Perjanjian Perdagangan Bebas China-GCC.

“ACFTA 3.0 hampir siap, menggabungkan bab generasi baharu mengenai perdagangan digital, persaingan, ekonomi hijau dan keseragaman peraturan. 

“Perjanjian Perdagangan Bebas China-GCC, hampir dimuktamadkan. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-GCC pula di peringkat kajian kebolehlaksanaan dan rundingan bakal dimulakan.

“Ini memberi ASEAN dan GCC peluang jarang untuk memanfaatkan struktur dan kandungan dua rundingan lain dan merangka perjanjian yang merapatkan kedua-dua inisiatif tersebut,” ujarnya. 

Beliau menyambung, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengambil langkah awal dan berusaha menamatkan ACFTA 3.0 dengan segera.

Katanya, pada masa sama sokongan diberikan terhadap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-GCC, sambil memajukan pembentukan mekanisme tetap yang akan menyelaras pelbagai landasan perdagangan secara strategik. 

“Penubuhan majlis perniagaan serantau dapat memastikan penjajaran sektor swasta, membolehkan perniagaan mendapat manfaat daripada topografi yang berkembang ini.

“Walaupun ada mencatatkan ketiadaan beberapa Ketua Negara GCC di Sidang Kemuncak, GCC tetap diwakili dengan kukuh dan mencukupi, menekankan kesungguhan institusi. 

“Kehadiran Perdana Menteri Li Qiang, sebaliknya, adalah isyarat jelas komitmen China,” ujarnya lagi. 

Mohd Faiz berkata, dekad akan datang bakal dibentuk oleh golongan dapat mengintegrasi merentasi sempadan, membina rangka kerja tahan lasak bahkan memperjuangkan multilateralisme. 

“Seni bina perdagangan trilateral menghubungkan ASEAN, GCC dan China bukan sekadar mengenai aliran perdagangan. 

“Ia adalah pertaruhan strategik untuk susun atur serantau lebih koheren, berasaskan peraturan dan penuh peluang,” ujarnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih Separuh Rakyat Korea Selatan Usia 30-an Masih Bujang

0
SEOUL – Lebih separuh rakyat Korea Selatan berusia dalam lingkungan 30-an masih belum berkahwin, dengan kadar itu meningkat hampir empat kali ganda dalam tempoh...

CATEGORIES