Thursday, June 4, 2026
HomeSUKANCobus Reinach Terima Ancaman Bunuh, 'World Rugby' Akan Buru Mereka Yang Menghantar...

Cobus Reinach Terima Ancaman Bunuh, ‘World Rugby’ Akan Buru Mereka Yang Menghantar Ancaman

PARIS: Ragbi Dunia (WR) memberi amaran akan memburu mereka yang menghantar ancaman bunuh terhadap bintang Afrika Selatan, Cobus ­Reinach.

Pemain scrum-half Montpellier itu menjadi sasaran di media sosial selepas membantu Springboks menumpaskan tuan rumah, Perancis 29-28 pada suku akhir, Isnin lalu.

Pihak pengurusan Af­rika Selatan telah me­laporkan perkara itu kepada polis, tetapi badan ragbi antarabangsa, WR bekerjasama dengan Signify Group yang melin­dungi komuniti dalam talian.

“Kami akan mengenal pasti siapa individu itu, kami boleh mengetahui siapa mereka, di mana mereka tinggal.

“Jadi berhati-hati de­ngan apa yang anda tulis,” kata seorang jurucakap WR.

Springboks membawa enam pengawal kese­lamatan yang ­lengkap bersenjata sejak tiba di Corsica,

Perancis pada Ogos lalu dan tidak me­rasakan keperluan untuk meningkatkannya ­minggu ini.

“Kami di sini untuk mewakili Afrika Selatan. Jika seseorang mempunyai masalah dengan itu pihak berkuasa ­Perancis perlu mena­nganinya,” kata penolong jurula­tih Afrika Selatan, Mz­wandile Stick.

WR meningkatkan tahap keselamatan sebelum suku akhir dan mengatakan mereka memantau trafik dalam talian setiap hari. 

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Artis Pun Ada Perjuangan Sendiri Yang Tidak Diketahui Ramai’ – Scha...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berpandangan, masyarakat sering melihat kehidupan selebriti dari sudut luaran semata-mata tanpa menyedari pelbagai cabaran serta tekanan yang...

CATEGORIES