Tuesday, October 6, 2026
HomeHIBURANHiburan Syawal, Emosi, Drama, Air Mata Bertingkah

Hiburan Syawal, Emosi, Drama, Air Mata Bertingkah

JIKA Ramadan dilihat sebagai medan perang pelancaran lagu raya, Syawal pula menjadi ‘gelanggang tempur’ stesen televisyen dan platform penstriman untuk berlumba-lumba dengan pelbagai kandungan kreatif yang bertemakan suasana Hari Raya Aidilfitri.

Menjulang tema RaRa Indahkan Memori, stesen Media Prima menerusi saluran televisyen TV3 dan TV9 menghidangkan pelbagai program hiburan untuk seisi keluarga sepanjang Syawal tahun ini.
Antara rancangan hiburan paling dinanti-nanti ramai pastinya Famili Duo Raya yang akan bersiaran pada hari raya ketiga pukul 9 malam, manakala Melodi Raya pula bertemu penonton pada raya keempat.

Bertemakan Syukuri Syawal, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula bakal membawa penonton mengimbau nostalgia raya menerusi program Opah! Esok Hari Raya pada malam raya.

Program tersebut akan mengembalikan nostalgia kad raya dan video ucapan raya selain turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air.
Syawal bertambah meriah menerusi RTM pada 2 April pukul 9 malam apabila menghimpunkan ramai barisan penyanyi ternama tanah air, seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli, Datin Alyah dan Amelina dalam program Temasya Aidilfitri 2025.

Mengangkat tema Meriah Lain Macam, Astro masih mengekalkan resipinya setiap kali Syawal dengan lambakan lebih 160 kandungan raya istimewa pelbagai genre yang boleh dinikmati menerusi pelbagai saluran termasuk digital dan radio bermula malam raya.

NASKHAH penuh emosi menjadi taruhan memancing penonton televisyen sepanjang sambutan raya.

Drama bikin ‘koyak’ jiwa
Antara sajian utama yang dinanti pastinya deretan drama yang mampu membuatkan emosi penonton ibarat roller coaster, sekejap tawa berdekah, seketika kemudian berderai air mata.

Astro meneruskan kejayaan tujuh drama Ramadan Raya yang telah menjadi kegemaran ramai, antaranya Dia Imamku, Seribu Tahun, Honey Minta Maaf dan Dendam Seorang Madu.

Setiap satunya menyajikan kisah penuh emosi, menyentuh hati penonton dengan plot yang penuh kejutan dan mesej mendalam.

Bukan sekadar kisah romantik dan keluarga, Umar serta Geng D.U.I.T menambah variasi dengan tema lebih segar dan dinamik.

SEBUAH karya Allahyarham Mamat Khalid yang diarahkan anaknya, Amen Khalid bakal disiarkan menerusi TV3 pada malam raya nanti.

Sementara itu, siri terbaharu Astro Originals, First Wives lakonan Mimi Lana, Melissa Campbell dan Malek Mccrone menjanjikan penceritaan yang cukup berani dan menarik untuk menghangatkan lagi Syawal kali ini.

Bagi pencinta telefilem, Syawal kali ini lebih istimewa dengan 12 telefilem baharu yang akan menemui penonton bermula 1 Syawal menerusi Astro Ria, Astro Prima dan Astro Ceria.
Astro Ria membawakan naskhah cinta dan konflik keluarga menerusi telefilem seperti Rapun, Cinta Untuk Sekali Lagi Raya, Andai Tiada Dia Raya, Pulau Cinta Syawal, Setia Di Hujung Ingatan dan Dia Punya Hati, karya istimewa daripada Siti Rosmizah.

Saluran Astro Prima pula tampil dengan pelbagai telefilem menarik untuk tontonan seisi keluarga, daripada kisah komedi hingga naskhah penuh emosi seperti Terculik Sana Tertukar Sini, Jemaah Penanggan Kg Lenggong, Pajak Raya, Ayah Jangan Nangis dan Setia di Hujung Ingatan.

Sementara itu, Astro Ceria tidak melupakan penonton cilik dengan telefilem penuh pengajaran dan fantasi. Bintang Dari Beaufort mengisahkan perjalanan remaja Sabah dalam mengejar impian, manakala OSOM membawa pengembaraan seorang pemain video ke dimensi lain yang penuh dengan keajaiban.

TELEFILEM Bru lakonan Shukri Yahaya, Amerul dan Siti Hariesaa menemui penonton di Tonton bermula 10 April.

Tidak kalah, platform penstriman video OTT (Over The Top) Unifi TV tidak ketinggalan menyajikan drama istimewa sepanjang bulan mulia nanti.

Antaranya termasuklah drama berjudul Wok lakonan mantap Sharifah Sakinah dan Azhan Rani yang bakal memberikan pengalaman tontonan yang tidak boleh dilepaskan.

Selain itu, Unifi TV Originals membawakan telemovie Alibi, gandingan pelakon hebat Hisyam Hamid, Nabila Huda dan Nadia Aqilah, menjanjikan drama yang penuh debaran dan tanda tanya.

Sepanjang Syawal, drama-drama hebat seperti Keluarga Itu dan Sekam Di Dada akan terus menghiasi slot-slot popular TV3.

Sementara TonTon pula bakal membawa drama baharu berjudul Bruh lakonan Shukri Yahaya, Amerul Affendi dan Siti Hariesa bermula 10 April depan.

RTM menerusi TV1 pula pastinya akan mengundang air mata Syawal menerusi drama Along Bakal Mati Syawal Ni? lakonan hebat Mat Over, Farah Ahmad, Wan Hanafi Su dan Jalil Hamid yang bakal menemui penonton pada raya pertama pukul 9 malam.

NASKHAH popular, Sekam Di Dada dan Keluarga Itu masih diteruskan dengan episod yang lebih banyak konflik menuju pengakhirannya sepanjang Syawal nanti.

Filem ‘pecah panggung’

Astro tidak pernah mengecewakan dalam memberikan hiburan terbaik untuk seisi keluarga. Tahun ini, koleksi filem ‘pecah panggung’ bakal menghiasi malam-malam Syawal, memastikan tiada detik yang membosankan sepanjang perayaan.

Bagi peminat program realiti, Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), bintang musim itu kembali bersatu dalam sebuah konsert Aidilfitri khas, mempersembahkan lagu-lagu malar segar yang menggamit nostalgia. Penonton bakal disajikan dengan persembahan luar biasa yang mengembalikan semangat raya penuh kegemilangan.

SITI Nurhaliza tidak ketinggalan menghiasi program raya dengan MagiSiti siaran Astro Ria, 5 April ini.Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Changi Kekal No. 1, Ini 5 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

0
Bagi yang gemar melancong, lapangan terbang bukan sekadar tempat untuk berlepas dan mendarat, malah pengalaman di dalamnya turut menjadi sebahagian daripada perjalanan. Terbaharu, Skytrax World...

CATEGORIES