Monday, August 24, 2026
HomePERNIAGAANEkonomi Malaysia Dianggarkan Bertumbuh 5.1 Peratus Tahun Lalu

Ekonomi Malaysia Dianggarkan Bertumbuh 5.1 Peratus Tahun Lalu

PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia berkembang 4.8 peratus pada suku tahun keempat 2024, berdasarkan anggaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) awalan yang diterbitkan Jabatan Perangkaan.

Angka itu meletakkan pertumbuhan keseluruhan ekonomi negara pada paras 5.1 peratus tahun lalu, selepas mencatatkan pertumbuhan 3.6 peratus pada 2023.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia didorong oleh permintaan domestik yang kukuh serta pemulihan sektor luaran, disamping pelaburan strategik dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur digital, termasuk pusat data.

“Usaha ini telah menarik pelaburan asing dan menyumbang kepada kestabilan ekonomi.

“Selain itu, peningkatan ketibaan pelancong dan kenaikan gaji penjawat awam dijangka merancakkan aktiviti peruncitan dan meningkatkan perbelanjaan isi rumah, seterusnya menyumbang secara positif terhadap momentum keseluruhan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lanjutan daripada anggaran awalan berkenaan, KDNK preliminari, yang menyediakan set data analisis terperinci dan komprehensif bagi suku tahun keempat 2024 akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan pada 14 Februari.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

LRT, MRT Beroperasi 24 Jam Pada 30 Hingga 31 Ogos

0
PETALING JAYA – Perkhidmatan rel kendalian Rapid KL termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel Kuala Lumpur akan beroperasi selama...

CATEGORIES