Thursday, May 28, 2026
HomeHIBURAN'Dulu Kerja Pramugari Saya Tak liar, Tak Pergi Ke Kelab' - Sherry...

‘Dulu Kerja Pramugari Saya Tak liar, Tak Pergi Ke Kelab’ – Sherry Ibrahim

PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim mendedahkan dia merindui kehidupannya sebagai pramugari walaupun dia bukanlah sejenis suka bersosial.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, berkongsi pengalamannya sebagai pramugari menerusi sesi siaran langsung dalam akaun mesia sosialnya.

“Tetapi saya sejenis tak liar. Saya tak pergi ke kelab. Saya tak buat benda-benda terlarang.

“Saya memang innocent. Kalau seminggu di Paris saya akan pergi shopping, balik hotel tidur atau tengok TV. Kadang-kadang makan bersama kru yang lain sebab kami bawa bekal,” katanya.

Tambahnya, dia tidak pernah merasai pengalaman bercinta seperti orang lain sejak menjadi artis.

Sebelum ini, pelakon yang mula mencipta nama dalam bidang seni sejak membintangi drama Teduhan Kasih itu pernah berkhidmat di awan biru sebagai pramugari sejak tamat pengajian di bangku sekolah.

Baru-baru ini, nama Sherry kembali menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi ucapan buat bekas teman lelakinya, Fattah Amin beberapa jam selepas pelakon itu bercerai.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES