Saturday, May 2, 2026
HomeBERITADua Suspek Kes Bunuh Pesara Felcra Didakwa Pagi Ini

Dua Suspek Kes Bunuh Pesara Felcra Didakwa Pagi Ini

KUBANG PASU – Dua suspek kes bunuh pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, tiba di Mahkamah Jitra di sini, pada pagi Khamis bagi mengikuti pertuduhan terhadap mereka.

Kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu tiba pada jam 8.15 pagi dengan memakai penutup muka dan dikawal ketat oleh anggota polis.

Turut hadir bagi mengikuti proses pendakwaan terbabit adalah anak mangsa, Suraiya Izzati, 29, dan abang mangsa, Ismail Baharom, 69.

Pada Rabu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan Sabari yang tinggal seorang diri di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling, hilang sejak 4 September dan kereta Proton Waja dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik pada 20 September.

Polis kemudian mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap berhampiran Kampung Empa di Wang Tepus, Jitra, dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat susulan penahanan dua lelaki itu.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES