Thursday, April 30, 2026
HomeBERITAPenyelia Tapak Rugi RM118,800 Terjebak Pelaburan Palsu

Penyelia Tapak Rugi RM118,800 Terjebak Pelaburan Palsu

Kuala Terengganu: Penyelia tapak pembinaan di daerah ini, menanggung kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM118,800 lesap selepas menjadi penipuan pelaburan tidak wujud.

Kejadian bermula apabila lelaki berusia 39 tahun dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp berkaitan pelaburan di platform aplikasi ‘ATS Pro’ oleh individu tidak dikenali pada 21 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang dimasukkan ke dalam kumpulan berkenaan memerhatikan perbualan dan maklumat atas keuntungan yang didapati oleh ahlinya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihubungi seorang individu yang tidak dikenali dikenali sebagai Vincent yang berada dalam kumpulan WhatsApp itu yang mendorongnya untuk membuat pelaburan.

Katanya, perjanjian dokumen dibuat secara dalam talian oleh sebuah syarikat yang juga penaung aplikasi itu, menyebabkan dia yakin dengan keuntungan pelaburan berkenaan.

“Mangsa kemudian berminat untuk melabur dalam aplikasi ‘ATS Pro’ yang menjanjikan keuntungan dengan bermodalkan RM5,000 iaitu keuntungan sebanyak lima peratus hingga sembilan peratus dalam masa antara tiga hingga lima hari dalam Ringgit Malaysia atau mata wang Yuan (mata wang China).

“Pada peringkat permulaan, mangsa diberikan tutorial secara dalam talian tanpa bersemuka dengan paparan slide bersuara individu dikenali sebagai Joel Kim pada Ahad hingga Khamis setiap minggu.

“Selepas menjalani tutorial itu selama beberapa bulan, mangsa memasukkan wang RM5,000 sebagai permulaan, diikuti beberapa lagi transaksi sehingga mencecah RM118,800 ke dua akaun berbeza,” katanya.

Azli berkata, mangsa cuba mengeluarkan wang keuntungan sebanyak RM2,000, namun gagal, sebelum menghubungi suspek dan khidmat pelanggan aplikasi itu.

Katanya, dia sebaliknya diminta membuat bayaran sebanyak RM424,298.08 bagi mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan sebanyak RM1,151,590.40.

“Mangsa mengesyaki dirinya ditipu membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Aliff Syukri Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Kadir Sheikh Fadzir

0
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman diperintah membayar RM250,000 kepada veteran politik, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung fitnah...

CATEGORIES