Friday, August 28, 2026
HomeBERITAKebakaran Makmal Komputer Mengakibatkan Kemusnahan 50 Peratus.

Kebakaran Makmal Komputer Mengakibatkan Kemusnahan 50 Peratus.

SUNGAI SIPUT – Makmal komputer Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput pada jam 12.09 tengah hari melibatkan makmal di tingkat 4 bangunan sekolah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

“Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 50 peratus.

“Sewaktu kejadian sesi sekolah berjalan seperti biasa, namun tiada pelajar berada dalam makmal komputer berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pemadaman dilakukan menggunakan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar itu tamat pada jam 3.25 petang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Banjir Nepal: 400 Pelancong Termasuk 50 Warga Malaysia Hilang, 157 Maut

0
NEPAL - Sekurang-kurangnya 157 mayat ditemui, manakala lebih 400 pelancong dilapor masih hilang selepas runtuhan tebing lumpur dan batu mencetuskan banjir di kawasan sempadan...

CATEGORIES