Thursday, May 28, 2026
HomeBERITAMajlis Agama Islam Negeri Sembilan Agih Zakat Lebih RM98 Juta

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Agih Zakat Lebih RM98 Juta

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengagihkan zakat melebihi RM99 juta dalam tempoh Januari sehingga Jun lalu, manakala kutipan zakat melebihi RM66 juta bagi tempoh yang sama.

Jelas Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir, bagi kutipan zakat, MAINS mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM66,899,868 bagi keseluruhan 10 kategori zakat.

“Bagi tempoh sama, MAINS telah pun berjaya mengagihkan dana zakat sebanyak RM98,136,329 kepada asnaf terdiri daripada fakir, miskin, mualaf, ibnu sabil, fisabilillah, amil dan gharimin

“Alhamdulillah, sebanyak sebanyak 11 syarikat lagi terlibat dalam penyerahan lafaz akad zakat perniagaan syarikat-syarikat korporat yang melibatkan jumlah keseluruhan RM3,747,347,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Asnaf MAINS dan Penyerahan Zakat Perniagaan di sini.

Pada majlis itu, seramai 44 pelajar cemerlang terdiri Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2023 telah diraikan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES