Tuesday, May 26, 2026
HomeLUAR NEGARASelipar jamban harga kayangan hampir RM70,000

Selipar jamban harga kayangan hampir RM70,000

BANDAR KUWAIT – Sepasang selipar yang biasa dipakai untuk ke tandas mempunyai tanda harga 4,590 riyal Kuwait (RM68,899) di sebuah butik di Kuwait baru-baru ini sekali gus mengundang perhatian orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman  X oleh akaun @trndkw__, seorang penjual mempamerkan sepasang selipar ‘jepun’ berwarna putih dengan tali dan tapak getah berwarna biru.

Lebih mengejutkan, harga yang diletakkan adalah 4,590 riyal seolah-olah selipar itu barangan berjenama prestij.
“Fesyen terbaru ‘Zanouba’ bermula pada harga 4500 riyal,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen terkejut dengan harga yang ditawarkan untuk sepasang selipar itu.

“Pada ketika ini, mereka cuba menjual apa sahaja kepada orang kaya,” kata seorang netizen.

“Di India, anda boleh mendapatkan selipar ini pada harga cuma 60 rupee (RM3.35),” kata netizen lain. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES