Zizi Kirana Tepis Dakwaan Netizen, Buka Niqab Atas Sebab Bekerja

0
54
Foto: Kosmo

Itu jawapan penyanyi Zizi Kirana yang memilih untuk tidak memakai niqab ketika bertanding pada minggu kedua program realiti, The Hardest Singing Show (THSS), malam tadi.

Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahi, 39, berkata, dia telah merujuk kepada beberapa pihak melibatkan soal pemakaian niqab ketika membuat persembahan.

“Saya sudah bertanya kepada ustazah dan menonton beberapa video kerana diri sendiri pun masih belajar dan keliru.

“Ini kerana perkara wajib dibuat ialah menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jadi saya memadai memakai niqab di tempat tertentu seperti menghadiri majlis ilmu agar lebih fokus,” katanya ketika ditemui usai konsert minggu kedua THSS.

Isteri kepada aktor Yusuf Bahrin itu memberi reaksi demikian ketika menjawab persoalan peminat tentang keseriusan dirinya mengenakan niqab.

Dalam pada itu, Zizi memberitahu barisan penari latar lelaki akan mengenakan sarung tangan tidak mengira sama ada ketika sesi latihan atau persembahan bagi mengelakkan daripada bersentuhan.

“Alhamdulillah saya mendapat pasukan yang sangat bertimbang rasa dan mereka sangat menjaga batas dan mereka sudah tahu masa buat persembahan akan pakai sarung tangan,” katanya.

“Pergerakan tarian juga tidak keterlaluan bagi mengelakkan perkara sebegitu berlaku,” katanya.

Zizi menjadi antara sembilan penyanyi bertanding dalam THSS terbitan Astro yang memfokuskan kepada kreativiti persembahan berdasarkan tema mingguan.

Selainnya peserta lain turut terlibat ialah Ayda Jabat, Aepul Roza, De Fam, Stacy, Aisha Retno, Kaka Azraff dan Putera Muhammad.

Sementara Datin Alyah mengumumkan untuk menarik diri daripada program tersebut kerana bakal berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji pada 12 Jun depan. – KOSMO ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here