Tuesday, September 10, 2024
HomeLUAR NEGARAZionis Bom Kem Pelarian, Alasan Mahu Bunuh Ketua Hamas

Zionis Bom Kem Pelarian, Alasan Mahu Bunuh Ketua Hamas

BANDAR GAZA – Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza semalam, dengan pegawai Palestin menyatakan seramai 52 orang terkorban ketika kejadian, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Menurut Kosmo, sebelum serangan itu, askar Rejim Zionis dilaporkan menguasai kubu tentera Hamas di wilayah tersebut dan didakwa membunuh ketua batalion Hamas di Jabalia, Ebrahim Bairi serta salah seorang ketua bagi operasi yang dijalankan pada 7 Oktober lalu.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Richard Hecht berkata, serangan itu menyasarkan seorang komander Hamas yang didakwa bersembunyi dalam kalangan orang awam, lapor Kosmo.

Menurut pihak berkuasa tempatan, sekurang-kurangnya 20 buah rumah musnah dalam serangan tersebut, manakala gambar yang disiarkan secara online memaparkan kawah besar terhasil akibat letupan. Beberapa bangunan turut musnah di kem itu, jelas Kosmo lagi.

Seorang saksi kejadian menggambarkan bagaimana dia berlari ke kawasan tersebut untuk membantu mangsa. Mohammad Aswad berkata, keluarganya selamat tetapi kejadian yang dialami mengerikan ketika dia berusaha mencari mangsa yang terselamat.

“Kanak-kanak membantu kanak-kanak lain yang cedera untuk melarikan diri, manakala habuk kelabu memenuhi ruang udara. Mayat tergantung di sebalik runtuhan, kebanyakannya tidak dikenali. Ada yang berdarah dan ada yang melecur,” kata Aswad.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cinta Di Bangku Sekolah, Pengetua Kahwin Anak Murid

0
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan...

CATEGORIES