Thursday, April 25, 2024
HomeSUKANZii Jia Tekad Fokus Pada Kemenangan

Zii Jia Tekad Fokus Pada Kemenangan

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menge­tuai cabaran skuad badminton ke suku akhir pada Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menyingkirkan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Berdasarkan Kosmo, pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Gimnasium Binjiang semalam, pemain No.16 dunia itu terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan tiga set 10-21, 21-19, 21-6 dalam tempoh 58 minit.

Zii Jia berkata, dia hanya menampilkan aksi terbaik pada perlawanan itu meskipun berdepan tentangan sengit pada set kedua sebelum menang bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

“Saya hanya cuba berikan yang terbaik dalam setiap set perlawanan dan tidak banyak fikir pun. Pada set kedua itu, saya hanya main seperti biasa dan kalau kalah, kalah. Strategi menjadi dan saya menang.

“Antara yang menjadi faktor kemenangan hari ini (semalam) adalah saya tidak mengaku kalah dan berikan segala-galanya. Memang saya banyak kalah pada musim ini dan saya jadikannya sebagai pengajaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

Menjelang aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung hari ini, bekas juara Seluruh England (All England) dan Asia itu dijadualkan bertemu pemain No.7 dunia dari India, H.S Prannoy.

Zii Jia menjelaskan, dia akan mengekalkan pendekatan untuk fokus terhadap satu demi satu perlawanan kerana setiap perlawanan pada temasya itu boleh dianggap sukar kerana menampilkan ramai pemain terbaik dunia.

“Menjelang aksi menentang Prannoy, saya hanya cuba yang terbaik dalam setiap set dan tidak mahu fikir terlalu banyak. Tidak ada rasa apa-apa yang istimewa hari ini (semalam) kerana mahu berikan fokus pada perlawanan seterusnya,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES