Zii Jia Tak Gentar Berdepan Pemain Handalan Dunia

0
108
Foto: Kosmo

PEMAIN badminton negara, Lee Zii Jia sudah melayakkan dirinya ke pusingan kedua dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta baru baru ini. Baginya, ia bukan satu laluan yang mudah untuk sampai ke tahap ini.

Justeru, pemain perseorangan ini sedar bahawa setiap perlawanan pusingan akan menghadapi detik-detik yang sukar memandangkan setiap perlawanan akan dihadiri dengan pemain-pemain terbaik dunia.

Terdahulu, Lee Zii Jia cedera di bahagian hamstring selepas Malaysia Masters, yang menyebabkan kesihatan dirinya masih belum pulih sepenuhnya. Namun, bekas juara Asia dan All England ini tetap menunjukkan aksi terbaik.

Tambah Zii Jia, ia salah satu persediaan untuk menyiapkan diri ke arah Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Paris, Perancis bermula 26 ogos hingga 11 Julai depan.
“Bagi saya, kejohanan ini mampu menjadi medan ujian terbaik untuk saya kerana semua pemain handalan dunia datang ke sini. Apa yang pasti, setiap perlawanan dalam mana-mana pusingan akan menjadi sukar.

“Memandangkan setiap perlawanan diharungi nanti sukar, jadi sudah tentu ia merupakan sesuatu yang baik untuk saya. Sama ada bermain dalam keadaan baik ataupun tidak, yang penting ia adalah cabaran terbaik untuk saya,” katanya.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu telah menyingkirkan pemain Hong Kong, Ng Ka Long menerusi kemenangan straight-set 21-17,21-16, hanya dalam tempoh 40 minit dan dapat menempatkan dirinya ke pusingan kedua, kelmarin.

Zii Jia akan menentang pemain No.19 dunia dari China, Weng Hong Yang pada pusingan kedua hari ini. Sebagai rekod, pemain No.7 dunia itu telah muncul naib juara Malaysia Masters dan turut memenangi Terbuka Thailand bulan lalu yang boleh melayakkan dirinya kembali ke prestasi terbaik.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here