Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAZayn Rayyan, Kanak-Kanak Autistik Yang Hilang Sejak Semalam Ditemui Tidak Bernyawa

Zayn Rayyan, Kanak-Kanak Autistik Yang Hilang Sejak Semalam Ditemui Tidak Bernyawa

PETALING JAYA – Kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan Kosmo, tubuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui penduduk danggarkan lebih 200 meter daripada lokasi yang dilaporkan hilang sekitar pukul 10 malam tadi.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut, malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian sebentar lagi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES