Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANZarina Anjoulie Dedah Sifat Busuk Hati Fatiya Latiff

Zarina Anjoulie Dedah Sifat Busuk Hati Fatiya Latiff

PETALING JAYA –  Pelakon sensasi Zarina Anjoulie mendedahkan sifat sebenar Fatiya Latiff  yang berhati busuk dan selalu berprasangka tidak baik sepanjang menjalin persahabatan dengannya.

Terpanggil mencelah dalam isu melibatkan bekas sahabatnya itu dengan kutukan bertalu-talu terhadap pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza, kata Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, dia berhenti berkawan dengan Fathia disebabkan perangainya yang busuk hati apabila kerap mencetuskan perbalahan tanpa sebab munasabah.

Menurut Kosmo, selebriti yang mesra disapa Anju itu, sikap suka membanding-bandingkan serta berprasangka buruk terhadap orang lain masih kental membelenggu pelakon terbabit.

“Awak semua tahu apa jadi dengan Fatiya, jadi ada benda Anju nak cerita sikit. Kalau tengok video tu, itulah masalah tentang Fatiya.

“Kalau awak semua ingat dulu Anju pernah kawan dan gaduh dengan dia, inilah sebabnya, korang boleh rasa tak busuk hati dia? Sebab itu Anju berhenti kawan dengan dia.

“Kalau lepak, dia akan cakap yang Anju kawan dengan dia sebab ‘followers’ (pengikut). Lima tahun langsung tiada perubahan. Orang normal tak cakap macam itu,” katanya dalam siaran langsung Instagram.

Tambah Anju lagi, sebelum ini dia pernah melalui situasi sama seperti dilalui isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu, namun enggan menghebohkan perkara berkenaan kepada umum.

Berdasarkan Kosmo, namun apabila kali ini Zahirah pula ‘terkena’, dia mengakui terkejut kerana ternyata sikap buruk Fathia tidak pernah berubah.

“Saya terkejut dia bersungguh-sungguh kecam Zahirah. Dulu saya nak jelaskan tapi mungkin orang tak percaya.

“Masanya akan tiba sebab orang macam dia takkan boleh sorok perangai sebegitu lama-lama,” ujarnya.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu berharap sahabatnya itu akan berubah dan dapat mengecapi bahagiaan.

“Saya tidak benci dia, saya doakan dia baik-baik, saya sangat berharap satu hari dia akan berubah. Saya berharap satu hari nanti dia kahwin dan akan bahagia.

Difahamkan sebelum ini Anju dan Fathia pernah berperang besar, namun berbaik semula selepas dua tahun bertelagah.

Sejak semalam kecoh mengenai ‘serangan’ bersiri Fathia yang menyamakan wajah Zahirah seperti pembantu rumah atau bibik selain mendakwa aktres terbabit menjalani operasi bibir.

Pelakon drama Ariana Rose itu turut menempelak Aiman yang juga bekas kekasihnya dalam video siaran langsung dimuat naik semula di TikTok sebagai lelaki yang tidak mempunyai kewangan kukuh.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES