Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAZakir Naik Salur Wang Saman Yang Dimenanginya Ke Palestin

Zakir Naik Salur Wang Saman Yang Dimenanginya Ke Palestin

PETALING JAYA – Pendakwah dari India, Dr. Zakir Naik hari ini memaklumkan akan menyumbangkan sepenuhnya wang diperolehnya hasil kemenangan dalam kes saman fitnah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy kepada Palestin.

Zakir menerusi hantaran di Instagramnya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Mahkamah Tinggi kerana memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta atas dakwaan fitnah, lapor Kosmo.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia kerana mengarahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta sebagai ganti rugi fitnah.

“Saya ingin menderma jumlah penuh, iaitu RM1.52 juta kepada Palestin. Saya berdoa agar Allah SWT menerima usaha kecil ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zakir dalam hantaran sama berkata, rakyat Palestin ketika ini sedang melaksanakan tuntutan fardu kifayah untuk melindungi tempat suci ketiga umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa, nyata Kosmo lagi.

“Saya berdoa agar Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kemenangan kepada perjuangan Palestin.

“Semoga Allah SWT meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, menguatkan mereka dalam melawan pihak yang menindas dan memasukkan syuhada mereka ke darjat tertinggi di syurga-Nya, amin,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Zakir, dalam masa 30 hari.

Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati Zakir selaku plaintif berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan pemimpin DAP itu, empat tahun lalu. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES