“Zahirah Macam Seorang Bibik, Aiman Tiada Duit Pun’ – Fatiya Latiff

0
61

PETALING JAYA – “Dia (Zahirah Macwilson) nampak macam seorang bibik di mata saya.”

Itu antara sindiran terbuka diberikan pelakon sensasi, Fatiya Latiff terhadap Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson dalam muat naik video TikTok.

Tidak terhenti di situ, Fatiya, 37, turut mengkritik bapa kepada aktres itu serta suaminya, Aiman Hakim yang pernah mempunyai hubungan cinta dengannya suatu ketika dahulu.

“Dan ayah dia macam seorang pelakon yang tak terkenal. Followers dia (Zahirah) bergabung pun tak boleh lawan followers saya.

“Saya tahu dia buat sesuatu pada bahagian bibirnya di Australia. Jangan nak nafikan yang saya jauh lebih cantik berbanding dia (Zahirah), ” katanya.

Terdahulu, Fatiya menjawab komen peminat dalam siaran langsung media sosial yang mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.

Fatiya turut memberitahu dia bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

“Terima kasih Tuhan kerana dia (Zahirah) kini bersamanya (Aiman) sebab saya pun tak nak kat Aiman.

“Aiman doesn’t even have money (tiada duit). Apa je dia buat? Kalian ingat anak Datuk kaya ke? Mereka pun pinjam duit daripada orang lain,” sindirnya lagi.

Dalam video sama, Fatiya yang suatu ketika dahulu sangat terkenal menerusi drama rantaian, Ariana rose turut melahirkan rasa tidak puas hati apabila namanya digugurkan daripada menghadiri satu acara fesyen jenama terkemuka hanya disebabkan dua individu yang tidak didedahkan identitinya.

“Saya dah siap bersiap nak pergi acara (Versace) tempoh hari namun disebabkan dua katak dan kodok itu, nama saya digugurkan. Betapa bodohnya perkara itu,” getusnya.

Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi, Aiman Hakim Ridza sebelum aktor itu berkahwin dengan Zahirah.

Bagaimanapun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here