Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANYusri Minta Maaf Atas Babak Ciuman Berlapik Dalam Drama W Two World

Yusri Minta Maaf Atas Babak Ciuman Berlapik Dalam Drama W Two World

KUALA LUMPUR – “Terima kasih, kami terima teguran dan akan pastikan perkara sama tidak berulang”.

Demikian penjelasan pengarah drama bersiri adaptasi Korea Selatan, W: Two World’s, Datuk Yusry Abd. Halim berhubung babak ciuman berlapik antara pelakon Daiyan Trisha dan Hun Haqeem.

Sutradara berpengalaman itu berkata, dia bersama dua lagi tunjang utama naskhah untuk siaran Viu yang juga platform Over The Top (OTT) tidak dapat memberi ulasan panjang berhubung isu terbabit.

“Inilah kenyataan bersama saya, Daiyan dan Hun. Kami menghormati permintaan Viu agar tidak mengulas lebih lanjut,” katanya ketika ditemui selepas majlis tayangan episod akhir W: Two World’s, malam tadi.

Pada masa sama, Yusry tidak ketinggalan menzahirkan permohonan maaf kepada khalayak yang terkesan dengan kewujudan adegan tersebut.

Biarpun diasak dengan pertanyaan lain termasuk pengesahan sama ada babak sensasi itu hanya menggunakan mainan sudut kamera, Yusry lebih selesa membiarkan hal berkenaan menjadi tanda tanya.

Kontroversi tercetus apabila ada individu memuatnaik paparan penghujung episod satu di mana Hun sebagai Alif menarik tangan Izara (Daiyan) yang mencetuskan babak ciuman tetapi berlapik menggunakan kain.

Versi tempatan itu diolah Yusry seolah-olah tanpa sentuhan kulit berbanding naskhah asal siaran tahun 2016 di mana pelakon Korea iaitu Oh Yeon-Joo (Han Hyo-Joo) dicium Kang Chul (Lee Jong-Suk) secara mengejut.

Perkongsian yang tular dalam pelbagai platform media sosial tetap meraih kecaman apabila disifatkan netizen tidak sensitif dan bertentangan dengan budaya masyarakat setempat.

Sementara itu, mengenai plot kisah 12 episod itu akui Yusry banyak perubahan dibuat selepas episod enam yang dikatakan lari daripada naskhah asal bagi menyuntik pembaharuan.

“Ramai mahukan kelainan dan penonton yang mengikuti drama asal boleh nampak ada elemen baharu ditambah selepas episod enam hingga penutup pada hari ini.

“Bukan hampir keseluruhan plot diubah, tetapi kita boleh lihat perbezaannya sebagai nilai tambah buat penonton setia Viu,” ulasnya.

Begitupun, tegas pengarah berpengalaman itu sebarang penambahan atau pembaharuan tiada kena mengena dengan teguran netizen yang meminta produksi jangan terikut-ikut budaya luar seperti adegan cium.

“Tiada kaitan, penggambaran drama ini sudah lama berlangsung,” ulasnya ringkas.

Selain Daiyan dan Hun, W: Two Worlds yang disiarkan bermula 30 November lalu turut dibintangi Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan Tony Eusoff.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES