Sunday, January 26, 2025
HomeHIBURANYuni Shara Bina Sekolah Untuk Pelajar Miskin

Yuni Shara Bina Sekolah Untuk Pelajar Miskin

INISIATIF penyanyi dan pelakon, Yuni Shara menubuhkan sekolah buat pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan sejak beberapa tahun lalu mengundang pujian ramai.

Sekolah Cahaya Permata Abadi milik Yuni Shara di Kota Batu, Jawa Timur itu dikatakan hanya mengenakan yuran sebanyak Rp3.500 iaitu tidak sampai 10 sen kepada golongan berpendapatan rendah.

Malah sebelum ini pernah tular mengenai yuran bulanan tersebut boleh diganti dengan buah atau sayur jika masih tiada kemampuan dari segi kewangan.

Usaha kakak kepada Krisdayanti itu membuka peluang kepada golongan sasaran membuatkan ramai menggelarnya sebagai selebriti berhati emas.

Bahkan biarpun yuran persekolahan dinaikkan sedikit selepas beberapa tahun sekolah itu beroperasi, kadarnya masih disifatkan terlalu rendah.

Pada masa sama, pengetua sekolah terbabit berharap orang ramai tidak salah faham kerana pelajar bukan daripada keluarga miskin perlu membayar yuran pada kadar berbeza.

Begitupun, jumlah dikenakan masih munasabah dan berbaloi berbanding sekolah swasta lain berikutan adanya subsidi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES