KUALA LUMPUR – YTL AI Labs telah melancarkan Ilmu 0.1, yang merupakan Model Bahasa Besar (LLM) yang dibangunkan untuk rakyat negara ini.
Pengarah Eksekutif YTL AI Labs, Lou Yeoh berkata, Ilmu 0.1 itu mengatasi model LLM lain di peringkat global dalam Bahasa Malaysia.
Ujar beliau lagi, LLM Malaysia yang memahami Bahasa Malaysia serta budaya dan konteks tempatan adalah penting untuk memajukan aplikasi dalam semua industri termasuk kewangan, pendidikan, kesihatan, dan perkhidmatan awam.
“Ilmu 0.1 adalah kecerdasan yang benar-benar milik Malaysia. Ilmu 0.1 menunjukkan prestasi yang luar biasa dan pemahaman mendalam terhadap budaya dan konteks tempatan Malaysia..
“Ia juga berjaya lulus peperiksaan nasional, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Malaysia, memperkukuhkan potensinya untuk menyokong pelbagai sektor dalam aplikasi dan kegunaan tempatan,” jelasnya.
Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) MITEC, sekali gus menandakan satu langkah besar dalam transformasi digital negara dengan fokus menjadikan Malaysia sebuah hab kecerdasan buatan (AI) serantau dan global.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kerangka ekonomi digital negara, yang dijangka menyumbang sehingga 25.5 peratus kepada KDNK dalam tempoh setahun.
Sumber – KOSMO! ONLINE