Sunday, October 13, 2024
HomeBERITAYB Menteri Santuni Usahawan Kraf, Jualan Rahmah Batik Pacu Pertumbuhan Industri Kraftangan...

YB Menteri Santuni Usahawan Kraf, Jualan Rahmah Batik Pacu Pertumbuhan Industri Kraftangan Tempatan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing, telah melancarkan Jualan Rahmah Batik sempena Hari Batik Malaysia 2023 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Sesi jelajah atau ‘walkabout’ yang diadakan ini memberi peluang kepada YB Menteri berinteraksi dan memberi dorongan kepada para usahawan kraf serta mengapresiasi produk kraftangan tempatan melalui kunjungan ke setiap gerai.

YB Menteri menekankan bahawa Kraftangan Malaysia perlu lebih agresif dalam membantu usahawan tempatan, meningkatkan kemahiran, dan memperkembangkan industri batik negara, termasuk meningkatkan eksport ke negara luar.

Dalam program yang sama, pengumuman tentang pelancaran batik koleksi khas sempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 turut dibuat sebagai salah satu inisiatif menarik minat pelancong negara Tembok Besar itu.

Hari Batik Malaysia 2023 juga telah mencapai kejayaan dengan penyertaan seramai 820 usahawan batik dari seluruh negara dalam Jualan Rahmah Batik, yang berhasil menarik perhatian orang awam serta pelancong asing berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam acara ini adalah YBrs Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC; YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC; serta YBrs. Puan Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES