“Kalau tidak mahu suami curang, pertama sekali kau kena pegang semua password media sosialnya termasuk Instagram dan TikTok.
“Kedua, jika duit gajinya RM5,000 pastikan dekat tangannya hanya ada RM500 sahaja selebihnya simpan untuk keperluan anak termasuk makan minum dan pakaian,” katanya.
Alif mendakwa, segelintir wanita memang lebih suka merampas suami orang kerana mereka lebih berduit dan stabil dari segi kewangan.
“Bila perempuan lain tengok suami kau, mulalah dia menggeletis. Lelaki bujang banyak yang susah, sebab itu dia rembat laki kau.
“Jadi pastikan semua rumah dan kereta letak nama kau. Supaya bila suami nak kahwin lagi, dia satu fikir sepuluh kali,” tambahnya.
Ramai yang tertarik dengan video yang hampir mencecah satu juta tontonan itu. Ada juga yang berjenaka ingin merampas isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
“Jangan ada lelaki yang mahu isteri saya ya. Dia tidak popular seperti saya yang merupakan artis nombor satu. Lagipula rugi, anak dia banyak,” kata Aliff berseloroh.
Terdahulu, hangat di media sosial apabila seorang pempengaruh bernama Alif Teega mengumumkan sudah berkahwin dua.
Alif Teega dikatakan bernikah dengan seorang wanita yang juga merupakan pekerja syarikatnya di Thailand.
Adik iparnya, Amirul Adni Rustam mendakwa pempengaruh itu telah berlaku curang kepada kakaknya, Aisyah Hijanah dengan melakukan hubungan terlarang sejak setahun lalu.
Sumber: Utusan Malaysia