Thursday, April 25, 2024
HomeSUKANYamal Terlepas Peluang Besar Gara-Gara Pergi Tandas

Yamal Terlepas Peluang Besar Gara-Gara Pergi Tandas

Porto: Pemain remaja sensasi Barcelona, Lamine Yamal meraikan malam bersejarah buatnya, namun terlepas beberapa minit perlawanan kerana terpaksa keluar padang untuk ke tandas.

Yamal melakukan penampilan sulung penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama kelab gergasi Sepanyol itu ketika menentang Porto, awal pagi tadi.

Pada usia 16 tahun dan 83 hari, ia menjadikannya pemain paling muda pernah memulakan aksi UCL dan mengatasi rekod Celestine Babayaro pada musim 1994-95.

Bagaimanapun, ketika Barca mendahului 1-0 menerusi jaringan Ferran Torres pada masa kecederaan babak pertama, Yamal kemudian meninggalkan padang dan menuju ke bilik persalinan pada minit ke-71.

Yamal tidak kembali ke padang dan dia terpaksa digantikan pada minit ke-80 ketika Barca beraksi dengan hanya 10 pemain bagi hampir 10 minit.

Pengurus Barca, Xavi Hernandez menjelaskan apa yang berlaku terhadap pemain remaja itu selepas perlawanan.

“Lamine Yamal berasa tidak sihat. Dia memberitahu saya ketika perlawanan tadi.

“Saya mengambil kesempatan ketika perlawanan dihentikan dan memberitahunya supaya segera ke tandas, tetapi akhirnya mereka memberitahu saya dia tidak boleh kembali ke padang.”

Juara La Liga musim lalu itu kekal bertahan untuk memenangi perlawanan penting itu sekalipun Gavi dibuang padang pada masa kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan Barcelona mengungguli Kumpulan H dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPT Beri Tajaan, Bantuan Pendidikan Buat Waris Anggota Terkorban

0
PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan beberapa insentif, sumbangan dan juga bantuan pembiayaian pendidikan kepada waris anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)...

CATEGORIES