Waspada Gelombang Haba, Pasir Mas, Kuala Krai Tumpuan Utama

0
51
Foto: Utusan

PETALING JAYA – Gelombang haba di Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan dijangka menerima suhu panas maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memberitahu, cuaca panas di Kelantan itu juga akan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Kota Bharu, Gua Musang dan Pasir Putih berada pada tahap berjaga-jaga.

“Selain itu, amaran suhu panas mencecah 37 darjah Celsius juga dijangka di Pantai Timur Semenanjung iaitu di Terengganu (Setiu) dan Pahang (Raub dan Rompin).

“Cuaca panas yang sama turut melibatkan bahagian pantai Barat di Perak (Hulu Perak dan daerah Utara Kedah (Baling) dan Perlis serta satu kawasan di Sarawak (Mukah) dan Sabah (Kota Marudu),” ujarnya.

Dalam pada itu, hujan dijangka berlaku di persisiran negeri Kelantan dan Terengganu dan akan berterusan sehingga tengah hari nanti.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir dijangka melibatkan hampir kesemua negeri Semenanjung dan tertumpu di Johor, negeri-negeri Utara dan Pedalaman Semenanjung pada petang ini.

“Cuaca buruk sama juga berlaku di bahagian Tawau dan Pedalaman negeri Sabah dan Sarawak pada sebelah petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here