Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAWarga Myanmar Maut Motosikal Dilanggar Treler

Warga Myanmar Maut Motosikal Dilanggar Treler

MUAR – Gara-gara keluar simpang secara mengejut, seorang lelaki warga Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil laporan yang diterima daripada orang awam, kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada jam 3.45 petang.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu treler yang berusia 27 tahun sedang memandu dari arah Pagoh menuju ke bandar Muar.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun dilaporkan keluar secara mengejut dari persimpangan kiri jalan.

“Akibatnya, pemandu treler melanggar penunggang motosikal terbabit biarpun cuba mengelak termasuk menekan brek hingga menyebabkan lori treler berkenaan terbabas dan melanggar tiang elektrik,” katanya.

Tambah beliau, akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muar.

“Pemandu treler pula disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES