Warga Kelate Rancang Balik Raya Awal, Tidak Mahu Berkampung Di ‘Highway’

0
117
Foto: Berita Harian

PETALING JAYA – Ramai perantau dari Kelantan terutama yang tinggal di Lembah Klang merancang untuk mengambil cuti awal beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi mengelak menempuh kesesakan hampir 20 jam.

Menerusi perkongsian perantau dari Kelantan, masing-masing merancang untuk mengambil cuti antaranya bermula 4 April kerana tidak sanggup memandu dalam tempoh yang lama lebih-lebih lagi faktor usia.

“Ramai lah geng Kelantan balik 6 April, kena tukar rancangan balik awal lagi. Memang lah nak suasana raya, tapi tak kuat tua-tua pandu seorang nak hadap 20 jam. Begini lah anak perantau,” kata pengguna TikTok Nurulnha85.

“Insya-Allah, paling awal 5 April lepas suami habis kerja gerak terus dari Kajang ke Gua Musang,” kata sue270587.

“Kita balik 7 April malam. Pertama kali ni duduk luar Kelantan. Tak tahu lagi rasa dia makan sesak jalan,” kata nrfyzx.

Dalam masa sama, ada juga yang reda menghadap kesesakan pulang beraya ke Kelantan sekali gus menganggapnya keseronokan menyambut Aidilfitri.

“Aku tak kira sesak 20 jam ke, 30 jam pun, aku redah. Kelate tunggu daku balik,” komen yiesabri3.

“Kalau dulu tak faham tengok orang yang puluh-puluh jam balik Kelantan. Bila dpt orang sana (suami Kelantan), baru tahu perasaan dapat tengok muka mak pak adik-beradik bila dah hadap belas-belas jam dalam kereta,” kata Syu. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here