Monday, December 2, 2024
HomeBERITAWarga Emas Rugi RM176,500 Akibat Penipuan Pelaburan Palsu di Facebook

Warga Emas Rugi RM176,500 Akibat Penipuan Pelaburan Palsu di Facebook

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas di sini kerugian sebanyak RM176,500 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud melalui laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, lelaki yang bekerja sebagai ejen insurans berusia 70 tahun itu tertarik dengan satu iklan mengenai pelaburan Bank Of China Investment (BOCI) di laman sosial tersebut pada 5 Ogos lepas.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian telah menghubungi beberapa individu di aplikasi WhatsApp untuk urusan tersebut selain dijanjikan keuntungan 65 peratus dari setiap wang yang dilaburkan.

“Bermula tarikh 10 September sehingga 31 Oktober lepas, mangsa telah melakukan transaksi wang dengan jumlah keseluruhan bernilai RM176,500 sebanyak 10 kali ke dalam empat akaun bank berlainan.

“Setelah itu, keuntungan mangsa diterima hanya dalam sistem aplikasi kumpulan ‘VIPD3-BOCI Investment Club’ berjumlah hampir RM2 juta.

“Namun ia hanya sekadar keuntungan yang tidak boleh dikeluarkan serta pelbagai lagi bayaran yang diminta untuk mendapatkan wang tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Azli menyatakan mangsa telah menggunakan wang simpanan dan kad kredit miliknya untuk urusan pelaburan tidak wujud berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang mengesyaki bahawa dia telah ditipu telah tampil membuat laporan polis pada petang semalam.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES