Thursday, April 25, 2024
HomeVIRALWarga Asing Paksa Orang Beli Sebab Sudah Pegang Belon Yang Dijual

Warga Asing Paksa Orang Beli Sebab Sudah Pegang Belon Yang Dijual

PETALING JAYA – Lambakan warga asing di negara ini menjadikan mereka semakin berani menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah berniaga secara haram sehingga ada yang menggunakan teknik memaksa pelanggan untuk membeli.

Terbaharu, menerusi perkongsian pengguna Facebook, Kamal Bacha Ibrahim, memaparkan sebahagian besar peniaga warga asing daripada Bangladesh, Indonesia dan Pakistan dilihat bebas menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual aneka pilihan belon berlampu serta aksesori di sebuah taman rekreasi popular di Shah Alam, Selangor.

Dalam video tersebut, Kamal meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap beberapa peniaga warga asing yang secara tiba-tiba terus menyerahkan jualan mereka kepada kanak-kanak tanpa membuat tawaran jual beli.

Kemudian, mereka akan terus meminta wang bayaran daripada ibu bapa mahupun penjaga seolah-olah memaksa untuk membeli barangan jualan.

“Dah pegang kenalah beli, mana boleh macam itu tak bayar,” antara alasan para peniaga warga asing di sana.

Bagaimanapun, untuk mengajar tindakan peniaga biadab seperti itu, Kamal dilihat segera berterima kasih kepada warga asing berkenaan, dan terus beredar tanpa membuat sebarang bayar.

“Cakap ‘thank you uncle’ (terima kasih pak cik),” katanya sambil meminta anaknya berterima kasih kepada peniaga terbabit.

“Warga asing buat hal, perangai warga asing berniaga. Dia bagi mainan (set belon berlampu) terus kepada tangan kanak-kanak.

“Dia bagi, kita ambil sahaja terus. Baru dia ada akal. Kali ini kita ‘scam’ mereka pula, sengaja ambil terus tak nak bayar, bagi dia ada akal sedikit,” tulisnya dalam kapsyen video itu.

Selang beberapa minit, Kamal dilihat meminta anaknya memulangkan semula belon tersebut kepada peniaga asing terbabit dan dia juga sempat menegur supaya tidak berniaga dengan cara berkenaan.

“Jawab dengan saya kenapa kamu berniaga macam ini? Sini dahulu, kamu kalau berniaga lain kali jangan buat macam ini,” tegurnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi dan rata-ratanya mempersoalkan tindakan pihak berkuasa di kawasan tersebut sehingga semakin ramai peniaga asing berniaga secara sesuka hati.

“Di kawasan itu tiada penguatkuasa yang selalu buat pantauan ke? Kalau kawasan Bukit Bintang selalulah nampak pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) kacau dan halau peniaga asing ini,” kata Aliah.

“Majlis daerah mintak beri perhatian..semudah itu berniaga, mengambil kesempatan dalam kesulitan. Apa memang boleh warga asing berniaga? kalau warga Malaysia asyik disaman,” ujar Norasli Mon.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan tular di media sosial.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES