BATU PAHAT – Lelaki melakukan perbuatan khianat dengan mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kereta yang video kejadiannya tular pada Ahad, sudah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek warga asing berusia 25 tahun ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
“Siasatan dilakukan mendapati video tular memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang sedang di parkir itu berlaku berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, sekitar jam 3.30 petang pada Ahad.
“Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas suspek selepas ditahan, pihak polis menemui sebilah pisau lipat dalam beg sandang milik suspek,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya ke tempat awam.
“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Sumber – Sinar Harian