Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAWanita Warga Emas Maut Kereta Terbabas Langgar Tiang Di Aras Tiga Parkir

Wanita Warga Emas Maut Kereta Terbabas Langgar Tiang Di Aras Tiga Parkir

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas melanggar tiang di aras tiga kawasan lot parkir Berjaya Waterfront di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan pada jam 8.45 malam itu dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 61 tahun hilang kawalan ketika memandu di kawasan lot parkir berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kereta dipandunya terbabas hingga melanggar tiang di kawasan parkir di aras tiga.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pihak polis turut meminta saksi awam yang melihat kejadian berkenaan agar tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberikan keterangan.

“Orang ramai juga boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Fathihah Ismail di talian 010-4171762,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES